Wednesday, May 6, 2015

HUBUNGAN DAN PERSAMAAN GAYA KEPIMPINAN DAN CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

TAKRIFAN PEMIMPIN
Pemimpin akan menentukan hala tuju dan jatuh bangun masyarakat. Dia bukan sahaja bertanggungjawab untuk memastikan setiap anggota masyarakat mendapat gambaran yang jelas terhadap setiap polisi, arahan dan tugas tetapi juga memastikan setiap arahan dan tugas berkenaan dipatuhi dan dituruti oleh anak buahnya. Pemimpin juga memegang satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan ditegah supaya dapat mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu, adil dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap kebajikan kelompok di bawah kepemimpinan mereka. Ilmu dan kefahaman perlu ada pada seorang pemimpin.


TAKRIFAN KEPEMIMPINAN
Kepemimpinan telah menjadi objek kajian sejak permulaan abad ini. Pada hari ini, terdapat berbagai definisi untuk kepemimpinan efektif hasil daripada penyelidikan empirikal. Berikut adalah beberapa definisi kepemimpinan:

a)Kepemimpinan ialah mempengaruh, membimbing pengikut ke satu arah, haluan, tindakan dan pendapat.
b)Kepemimpinan ialah proses untuk mempengaruhi aktiviti satu kumpulan ke arah mencapai satu matlamat.
c)Kepemimpinan ialah interaksi dua hala antara seorang pemimpin dengan setiap subordinatnya.
d)Kepemimpinan ialah menambah pengaruh ke atas suibordinat supaya mereka mematuhi peraturan dan arahan organisasi.
e)Kepemimpinan ialah pengaruh yang efektif.
f)Kepemimpinan ialah mengguna kuasa yang tidak dapat dielakkan untuk mempengaruhi fikiran dan tindakan orang lain.

Walaupun terdapat perbezaan dari segi definisi kepemimpinan, namun terdapat persamaan dua konsep penting. Pertama, kepemimpinan ialah hubungan antara atau lebih orang di mana pengaruh dan kuasa ditabuh dengan tidak saksama. Konsep kedua ialah pemimpin tidak boleh wujud berseorangan.

Mengikut John Adair, tugas pemimpin ialah untuk mengimbangi antara keperluan-keperluan tugas, pasukan dan individu. Robert Tannenbaum, Irving R. Weschler dan Fred Massarik mendefinisikan kepimpinan sebagai pengaruh antara personal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian matlamat yang khas. Koontz & O' Donnell (1995) menyatakan kepimpinan sebagai  satu usaha mempengaruhi individu untuk mengikut ke arah pencapaian matlamat yang sama. Jaafar Muhammad menganggap kepimpinan ialah aktiviti untuk mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif kumpulan dan organisasi.

Bach & Taylor (1993) menyatakan kepimpinan ialah satu proses yang berkaitan individu untuk bekerjasama supaya dapat menjayakan sesuatu yang mungkin tidak berlaku tanpa pengaruhnya. D Brin (1993) pula mendefinisikan kepimpinan ialah keupayaan untuk membangkitkan keyakinan dan sokongan di kalangan individu yang di perlukan untuk mencapai matlamat. Manakala Cook, Hunsaker, Coffey (1997) menjelaskan kemimpinan ialah keupayaan untuk membangkitkan keyakinan dan sokongan di kalangan individu yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi. Selain itu, Lussier (2002) memperihalkan kepimpinan adalah proses mempengaruhi antara pemimpin dan pengikut untuk mencapai objektif organisasi melalui perubahan-perubahan yang mereka lakukan.


CIRI-CIRI PEMIMPIN

(a)Semangat
Seorang pemimpin perlu mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya.

(b)Kebijaksanaan dan kepintaran
Seorang pemimpin yang bijaksana adalah pemimpin yang memilih kecerdasan yang baik. Dengan kecerdasan yang baik atau akal yang panjang, dia dapat menggunakan pertimbangan akalnya, atau budi bicaranya dengan adil dan saksama bagi kepentingan orang ramai dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri. Tambahan pula, mereka juga berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat yang banyak.

(c)Keyakinan diri
Seseorang pemimpin percaya pada keupayaan diri sendiri. Justeru, pemimpin harus mempunyai disiplin peribadi , boleh diteladani dan sentiasa menjadi contoh.

(d)Dorongan Kepemimpinan
Pemimpin harus mempunyai hasrat yang tinggi mahu mempengaruhi individu-individu lain supaya menyokong usaha bagi mencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan.

(e)Berpengetahuan dan berpengalaman
Pemimpin bukan sahaja memiliki keahlian atau ketrampilan dalam bidangnya, tetapi juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang itu supaya dia berupaya memberi tunjuk ajar dan pimpinan yang lebih berkesan.

(f)Kreativiti
Pemimpin berupaya mencipta idea-idea yang baru dan berguna supaya dapat menghasilkan kerja yang lebih berkualiti dan berkesan.

(g)Fleksibiliti
Pemimpin harus pandai menyesuaikan diri dengan keperluan individu-individu yang mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa. Ciri ini membolehkan para pemimpin mengenal pasti tindakan-tindakan yang sewajarnya mereka ambil dalam keadaan-keadaaan tertentu dan melaksanakan tindakan itu.

(h)Sihat dari segi jasmani dan rohani
Pemimpin memiliki kestabilan emosi, tabah dan sabar, tidak mudah naik darah tetapi tenang dalam menghadapi sebarang masalah dan cabaran, tahu memilih dengan tepat dan tahu perkara yang harus didahulukan.

(i)Kejujuran, amanah dan integriti
Tanpa sifat amanah, pemimpin itu tidak akan mendapat kepercayaan daripada ahli-ahli. Keutuhan dan kestabilan sesebuah pertubuhan itu banyak bergantung kepada sifat jujur serta amanah para pemimpinnya.

(j)Sifat terbuka
Pemimpin yang baik suka berterus-terang, tidak menyembunyikan sesuatu sehingga menjadikan para anggota persatuan menaruh perasaan syak wasangka. Selain itu, dia juga mudah dihubungi dan ditemui pada bila-bila masa.


GAYA  KEPEMIMPINAN
Setiap orang pemimpin mempunyai gaya kepemimpinannya masing-masing. Perbezaan gaya kepemimpinan mempunyai kesan yang penting kepada produktiviti individu-individu yang mereka pimpin. Terdapat tiga gaya kepemimpinan bagi seseorang pemimpin.

1. Gaya Autokratik
Seorang pemimpin harus berupaya menggerakkan orang-orang bawahannya melakukan tindakan-tindakan agar tujuan organisasi tercapai. Dalam usaha menggerakkan orang-orang bawahan melakukan apa jua aktiviti atau pekerjaan untuk mencapai tujuan persatuan, pemimpin yang autokratik meletakkan kekuasaannya di tangannya sendiri. Kata-katanya atau segala kehendaknya tidak boleh dibantah. Orang lain harus tunduk dan menurut sahaja pada kemahuannya. Pemimpin yang autokratik tidak bersikap membimbing, segala perintahnya harus dilaksanakan dengan baik. Keputusannya adalah sesuatu yang terbaik dan harus dilaksanakan tanpa boleh ditegur.
           
Pemimpin yang autokratik memberi banyak arahan dan semua keputusan hanya dia seorang sahaja yang boleh membuatnya. Dia menganggap yang dia seorang sahaja boleh berfikir untuk menentukan bentuk kegiatan yang boleh dilakukan oleh persatuan. Ahli-ahli tidak diberi kesempatan atau peluang untuk mengeluarkan pendapat atau pandangan, apa lagi untuk bersama-sama membuat keputusan. Mereka hanya menerima tanggungjawab melaksanakan keputusan ketua. Dalam tindak tanduk mengendalikan persatuan, dia lebih suka menggunakan paksaan dan ancaman supaya ahli-ahli berasa takut. Hubungan di antara pemimpin jenis ini dengan ahli-ahli persatuan tidak selalu baik atau dengan lain perkataan ialah terlalu formal dan penuh ketegangan.

2. Gaya Laissez-faire
Pemimpin yang bebas membiarkan sahaja kumpulannya menentukan sendiri semua aktiviti mereka. Pemimpin ini tidak mengambil sikap tertentu terhadap kumpulannya. Dia tidak membimbing atau mendorong ahli-ahlinya, dia tidak mengawal aktiviti persatuannya, malah dia tidak suka mengambil keputusan. Dia cuma memerhatikan sahaja apa yang dibuat oleh kumpulannya. Dengan kata lain, dia sebagai ketua memberi kebebasan sepenuhnya kepada orang-orang yang dipimpin untuk membuat apa sahaja yang difikirkan patut.
           
Pemimpin jenis ini dinamakan pemimpin laissez-faire, iaitu pemimpin yang tidak menentukan arah kepada orang-orang di bawahnya. Kebebasan diberikan menurut kemahuan orang-orang yang dipimpin. Kedudukannya sebagai ketua hanya sebagai simbol atau “penasihat” yang hanya mempersetujui apa juga cadangan yang dikemukakan oleh orang bawahan kerana dia sendiri tidak suka membuat keputusan.
                       
Oleh sebab kuasa yang ada pada ketua itu tidak jelas, pengurusan dan pentadbiran persatuan biasanya menjadi kacau. Setiap anggota kelompok bergerak sendiri-sendiri bagi mencapai matlamat peribadi dan bukannya matlamat persatuan atau organisasi.

3. Gaya Demokratik
Dalam gaya demokratik, hubungan antara pemimpin dengan orang-orang yang dipimpin diwujudkan dalam bentuk hubungan kemanusiaan. Hubungan antara ketua dengan orang-orang bawahan didasari prinsip saling hormat-menghormati, saling bekerjasama dan bertanggungjawab. Setiap orang dihargai dan dihormati sebagai manusia, bukan sebagai robot yang diwujudkan hanya untuk melaksanakan perintah.
                       
Pemimpin yang demokratik selalu memberikan kesempatan kepada para ahlinya untuk memberikan pandangan, pendapat dan sasaran untuk kebaikan persatuan. Dengan demikian, ahli-ahli akan berasa diberikan perhatian sehingga timbul rasa kasih dan kesetiaan yang mendalam terhadap persatuan dan akan sentiasa berusaha mencari jalan untuk memajukan persatuan.

Kepemimpinan demokratik adalah kepemimpinan yang aktif serta pemimpinnya bersedia menerima kritik atau teguran yang membina daripada para anggota pasukan. Oleh itu, segala usaha dijalankan untuk kepentingan bersama, iaitu untuk kepentingan persatuan, bukan untuk kepentingan individu atau segelintir individu.

Segala keputusan yang diambil untuk sesuatu aktiviti adalah hasil yang diperoleh daripada perundingan dan persetujuan bersama, bukannya keputusan ketua secara individu, tetapi majoriti. Setiap orang akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab tanpa berasa adanya tekanan atau paksaan sebab pembahagian tugas dalam kepimpinan demokratik adalah jelas.




CIRI CIRI USAHAWAN

1. Inisiatif dan Bertanggungjawab
Kebanyakan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri dengan mencari dan mengambil inisiatif. Mereka dilihat sebagai orang yang bertanggung jawab di dalam sesuatu opeasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggung jawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah di mana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

2. Komitmen Yang Tinggi
Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

3. Orientasi Peluang (kesempatan)
Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajan, struktur atau startegi. Mereka bermla dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penlaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.

4. Mengambil Risiko Secara Sederhana
Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta, segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seseorang usahawan melibatkan diri di dalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya.

5. Keyakinan dan Optimistik
Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi i atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuakan mereka bersikap otimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banaak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.

6. Kreatif dan Inovatif
Kretif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada seiap usahawan untuk memperoehi kelebihan persangan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.

7. Mencari Maklum Balas
Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklum balas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklum balas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan.

8. Menuju Ke Arah Kejayaan
Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seorang usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuau, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejarserta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai usahawan adalah "Wang menjadi satu keinginan yang kuat". Kepada usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mreka kecapi an wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.

9. Kebolehan Menentukan Visi
Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi di awal pembukaan firma mereka. Di kebanyakan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut.

10. Kemahiran Mengatur
Membawa peniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.

11. Kawalan Fokus Dalaman
Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan.

12. Toleransi Terhadap Kegagalan
Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding kejayaan.

13. Lebih Bertenaga
Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan.

14. Semangat Berpasukan
Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yan tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.

15. Berdikari
Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.

16. Fleksibel
Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas (ketegasan) sering kali membawa kepada kegagalan.

No comments:

Post a Comment