Monday, March 9, 2015

USAHAWAN 2 : TAN SRI ANTHONY FRANCIS FERNANDES





Nama Lengkap : Anthony Francis Fernandes
Tempat dan Tarikh Lahir : Kuala Lumpur, Malaysia. 30 April 1964
Warganegara : Malaysia
Pekerjaan : CEO Airasia.com
Penghargaan : Vissionaries and Leadership Series oleh International Herald Tribune, Malaysian CEO of the Year 2003, Emerging Enterpreneur of the Year - Malaysia 2003, 25 Starts Of Asia oleh Business Week
Pendidikan : London Schools Of Economyc tahun 1987, Epsom College tahun 1977-1983


Sebab-sebab saya memilih usahawan ini
Saya memilih Tony Fernandes kerana beliau  berpengalaman dalam menguruskan syarikatnya. Tan Sri menggunakan RM1 untuk mengambilalih syarikat penerbangan yang berhutang dan berekod buruk. Pada masa itu, pakar-pakar beranggapan bahawa rancangan perniagaan beliau yang menawarkan tiket pada harga yang rendah adalah perniagaan  rugi. Tetapi, beliau tidak peduli andaian yang diberikan oleh pakar dan meneruskan konsepnya yang ingin membantu golongan yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang yang mahal. Akhirnya, beliau telah menunaikan impian iaitu semua orang boleh terbang sekarang (Now everyone can fly). 


2.1 LATAR BELAKANG
Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE dilahir pada 30 April 1964. Beliau juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd". Beliau telah memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.




2.2 PEMBANGUNAN PERNIAGAAN


Pelancaran AirAsia
Melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.

Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September, 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus.


Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di perindustrian penerbangan. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia. Ferdandes membilang bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang.


Resipi Kejayaan
Ketika pengasasnya, Dato’ Seri Tony Fernandes, mengumumkan impiannya untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan tambang rendah yang pertama di rantau ini, ramai yang memandang sinis dan tidak yakin dengan impiannya itu.

Tetapi selepas 9 tahun, beliau membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil di dunia ini dan apa yang lebih menarik, modul perniagaan perkhidmatan tambang rendah AirAsia menjadi ikutan pesaing-pesaingnya seperti MAS yang menubuhkan Fireflyz, SIA yang menubuhkan Tiger Airways dan Qantas Airways yang menubuhkan Jetstar Airways.

Apakah rahsia kejayaan yang digunapakai oleh Dato’ Seri Tony Fernandes hingga berjaya meletakkan AirAsia di tahapnya sekarang? Jawapannnya hanyalah strategi bisnes yang tepat yang digunakan oleh AirAsia. Strategi bisnes AirAsia bukan sahaja terbatas pada strategi pemasaran dan poduk semata-mata tetapi ia mencakupi dari semua aspek termasuk pengurusan bisnes.


i. Para Pekerja Adalah Aset Syarikat
Antaranya pengurusan pasukan kerja yang berkesan. AirAsia menggelarkan pekerja-pekerjanya AllStars kerana bagi AirAsia faktor utama yang menyumbang kepada kejayaannya adalah peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya. Walau secanggih mana pun pesawat atau sistem pengkomputeran operasi yang digunakan oleh AirAsia ianya tidak akan bermakna apa-apa jika tiada pekerja yang menggerakkannya. Kerana itu AirAsia dengan bangganya menyatakan di dalam laman webnya seperti berikut :

“Our people are our GREATEST ASSET. They MAKE all the DIFFERENCES in the world. Our DRIVING FORCE has always been our people. From our humble beginnings to the present family size of 8,000 people, we stand UNITED and SHARE one common culture.”

Bagi melahirkan pasukan kerja yang berkesan, AirAsia bukan sahaja memberikan latihan yang sewajarnya kepada para pekerjanya malah AirAsia mengambil inisiatif menubuhkan Unit Budaya Korporat yang yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua pekerja.


ii. Kos Bagi Setiap Tempat Duduk Hanya RM0.82!
Antara strategi yang lain adalah AirAsia memastikan pengurusan kos efektif. Ini kerana hanya dengan melalui pengurusan kos yang efektif sahaja yang akan membolehkan AirAsia terus menawarkan harga tambang penerbangan yang rendah pada pelanggan-pelanggannya. Kecekapan pengurusan AirAsia dalam mengawal kos terbukti dengan pengiktirafannya sebagai penerbangan tambang murah yang mempunyai kos terendah di dunia iaitu USD0.24 (RM0.82) untuk setiap tempat duduk.


iii. Membina Hubungan Dengan Rakyat Malaysia
Salah satu strategi bisnes AirAsia yang unik ialah membina hubungan dengan rakyat Malaysia. Setiap kejayaannya, kecil atau besar, bukan sahaja diraikan tetapi diwar-warkan sama ada di laman web mereka atau dihebahkan melalui media dan dipaparkan sebagai kejayaan rakyat Malaysia bersama bukannya hanya kejayaan AirAsia atau Dato’ Seri Tony Fernandes semata-mata.

Malah di dalam blognya, Dato’ Seri Tony sendiri menyatakan :
‘Sebagai sebuah negara, kita perlu percaya bahawa kita mampu melakukan apa sahaja. Kita mampu menjadi yang terbaik. Anak-anak kita perlu berhenti memandang tinggi kepada ikon dan individu dari negara luar seperti Manchester United, Ferrari dan Steve Jobs. Berhenti menganggap bahawa yang terbaik hanya datang dari luar negara. Kita perlu mula percaya bahawa sebagai rakyat Malaysia kita boleh. Kita boleh bersaing dan menjadi yang terbaik di dunia.’ Bagi mereka, kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi semata tetapi kejayaan yang mesti dikongsi bersama rakyat Malaysia kerana jenama AirAsia merupakan jenama Malaysia.


iv. Impian Yang Dipandang Rendah Kini Terbang Tinggi
Apa yang menarik mengenai strategi-strategi bisnes AirAsia ini ialah ianya bersifat universal. Strategi-strategi tersebut bukan sahaja boleh digunakan oleh bisnes yang bersaiz besar malah juga yang bersaiz kecil dan baru hendak mula bertapak. Dan dengan membuat rujukan kepada strategi bisnes yang telah terbukti berkesan seperti di atas, ia dapat membantu para pemilik bisnes meminimumkan risiko serta mengelakkan mereka mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu terlibat dalam bisnes.


Pencapaian dan Anugerah
Pencapaian Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum dia memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.

Ferdandes juga berjaya merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui penerbangan tambang rendah. Sekarang, terdapat beberapa syarikat penerbangan tambang rendah di wilayah ini, iaitu:
- Tiger Airways, sebuah syarikat Singapura yang dimiliki oleh Singapore Airlines
- Penggabungan syarikat Valuair dari Singapura, dengan JetStar yang dimiliki oleh Qantas Airways dari Australia
- Nok Air, sebuah syarikat Thailand
- Lion Air, sebuah syarikat Indonesia.

Fernandes telah menerima banyak anugerah, termasuknya:

- "Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan Kepimpinan" (Visionaries & Leadership Series) oleh International Herald Tribune, sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang di syarikat AirAsia;
- "Ketua Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 — sejenis anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia;
- "Pengusaha Baru Malaysia Yang Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004;
- "25 Bintang Asia" (25 Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005.


Sumber :

http://biografi-orang-sukses-dunia.blogspot.com/2013/09/biografi-anthony-francis-fernandes.html
http://mushroomali.blogspot.com/2014/12/biografi-tony-fernandes-ceo-airasiacom.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tony_Fernandes
http://www.majalahniaga.com/strategi-bisnes-tony-fernandes-membangunkan-airasia.html

No comments:

Post a Comment