Friday, March 13, 2015

ARTIKEL 5 : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ORANG RAMAI TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN

FAKTOR LUARAN
Dunia perniagaan mempunyai empat faktor persekitaran luaran yang terpaksa dihadapi oleh semua perniagaan. Ianya dikenali sebagai “PEST” iaitu singkatan bagi persekitaran politik, ekonomi, sosial dan juga teknologi. 

Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa setiap perniagaan yang dijalankan adalah dipengaruhi oleh persekitaran politik dan perundangan. Ianya bukan sahaja persekitaran politik di negara ini sahaja malahan di peringkat global ataupun dunia juga adalah sama sahaja. Kestabilan system politik sesebuah negara boleh dikatakan satu faktor asas yang mempengaruhi strategi ataupun aktiviti-aktiviti perniagaan sesebuah syarikat. Oleh itu, syarikat perlulah peka dengan keadaan sekeliling. Mereka juga perlu sedar bahawa kestabilan sesuatu politik tidak akan kekal lama. Setiap negara memiliki perundangan dan politik yang berbeza. Kita perlulah sentiasa bersedia dan berwaspada. 

Selain itu, adalah menjadi lumrah dan kebiasaan bagi semua negara di dunia ini mengenakan halangan perdagangan bagi setiap barangan atau produk import yang memasuki negara mereka. Ini adalah kerana sebagai salah satu cara untuk memastikan barangan yang dibawa masuk ke dalam sesebuah negara itu tidak akan mengganggu pasaran tempatan negara tersebut. Contoh halangan perdagangan ialah kerajaan mengenakan tariff (cukai) pada barangan atau produk import. 

Seterusnya ialah persekitaran ekonomi. Para usahawan perlu peka dan prihatin terhadap sebarang perubahan ekonomi samada ekonomi tempatan ataupun ekonomi antarabangsa. Ini adalah kerana faktor ini boleh mempengaruhi operasi, prestasi, perancangan, pendapatan serta dasar perniagaan sesebuah syarikat perniagaan. Terdapat tiga faktor utama yang memberi kesan kepada persekitaran ekonomi adalah seperti keadaan ekonomi, dasar-dasar ekonomi dan juga system ekonomi di dalam sesebuah negara. Ianya meliputi faktor keluaran dalam negara kasar (KDNK), pendapatan perkapita, modal, rizab tukaran asing dan perkhidmatan. 

Di samping itu, faktor luaran lain ialah faktor persekitaran sosial. Faktor ini adalah merupakan perkara paling penting dalam bidang keusahawanan. Para usahawan tidak mampu untuk lari daripada menimbang faktor ini. Lebih-lebih lagi bagi masyarakat majmuk yang dimiliki oleh negara Malaysia. Perkara seperti ini adalah amat dititik beratkan kerana wujudnya pelbagai bangsa, kaum, etnik dan agama di negara Malaysia ini. Persekitaran sosial ini akan banyak membawa kepada persekitaran budaya yang mempengaruhi oleh nilai-nilai asas, persepsi, kegemaran dan gelagat atau tabiat pengguna. Perbezaan amalan sosial dan budaya masyarakat boleh dikatakan berbeza dalam setiap negara yang berbeza. 

Persekitaran teknologi adalah persekitaran luaran yang amat penting dalam bidang keusahawanan. Ianya akan mempengaruhi kepesatan atau kepantasan perniagaan itu berjalan. Seperti contohnya ialah penggunaan internet dalam perniagaan akan membantu dalam pertumbuhan perniagaan ini. Selain itu, computer dan telefon bimbit merupakan satu inovasi baru dalam teknologi yang sentiasa mengalami perubahan. Malah, penggunaan teknologi juga telah mengubah proses pengeluaran sesebuah syarikat. Penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih akan dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran. Namun begitu teknologi juga boleh mengubah dan menghapuskan perniagaan ataupun industry yang sedia ada. Contohnya seperti syarikat pembuat dan pembekal mesin taip terbesar satu ketika dahulu iaitu Smith Corona Corp. menjadi muflis apabila munculnya komputer. 



FAKTOR DALAMAN
Terdapat banyak faktor dalaman yang mempengaruhi usahawan melakukan perniagaan mereka. Antaranya ialah; 

Minat dan Kepuasan Diri - Mereka yang mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang keusahawanan akan terdorong untuk menceburi bidang keusahawanan, ramai diantara mereka yang menceburi bidang ini adalah untuk mendapatkan kepuasan diri kerana mereka akan berasa berpuas hati terhadap kejayaan yang mereka perolehi. Kepuasan hati ini berlaku apabila kejayaan yang mereka perolehi adalah disebabkan kesungguhan mereka dalm menguruskan perniagaan mereka. Secara tidak langsung usahawan yang meminati bidang keusahawan ini akan sentiasa bekerja keras serta dapat menguruskan sumber dengan bekesan. Berdasarkan Teori Keperluan Maslow (1970), Kepuasan penyempurnaan diri ini merupakan elemen kelima di mana seseorang individu itu mahu mencapai kejayaan sebagaimana yang diidamkan.
  
Status - status dan penghormatan diperlukan bagi setiap manusia. Kepada mereka yang menjaga status diri, mereka akan berusaha memartabatkan diri di tahap yang lebih selesa dan tinggi. Status dan perhormatan diri merupakan element yang penting yang mempengaruhi usahawan, Usahawan akan dikatakan berjaya apabila mereka mempertingkatkan status kehidupan mereka. Perkara ini boleh dilihat di Teori Maslow yang menyatakan bahawa status dan perhormatan diri merupakan element keempat iaitu ia merupakan keperluan untuk dihormati oleh orang lain, pengiktirafan kepada pencapaian dan prestij. 

Kuasa - Faktor ini diperlukan oleh usahawan bagi menggerakkan segala sumber ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Oleh itu mereka akan cube mengelakkan diri dari dipengaruhi oleh orang lain.Walaubagaimana pun mereka perlukan nasihat, pandangan dan buah fikiran orang lain yang lebih berpengalaman dan pengetahuan di dalam bidang yang diceburi. 
Pencapaian Matlamat - Apabila keinginan, matlamat dan objektif penceburan diri mereka bejaya di capai, mereka akan dianggap berjaya. Mereka juga akan berusaha untuk mencapai matlamat bagi kepuasan dalaman mereka. Selain itu juga meraka dapat melihat dengan sendirinya dimanakah tahap prestasi kejayaan mereka. 
  
Kelayakan Akademik - Pada masa kini terdapat jurusan keusahawan yang ditawarkan di setiap IPTA dan IPTS di seluruh negara, Perkara ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada faktor Usahawan terpengaruh bagi menjalankan perniagaan mereka. Bagi mereka yang mempunyai kelayakan akademik, mereka telah mendapt kelebihan yang lebih bagi menjalankan perniagaan mereka. 



1 comment:

  1. Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.

    ReplyDelete