Wednesday, March 18, 2015

BUDAYA KEUSAHAWANAN - ARTIKEL 1&2

Konsep dan Definisi Budaya Keusahawanan

a) Seseorang usahawan akan sentiasa berasa tidak puas hati dengan kejayaannya. (Ahmad Berek,1979)
 - Sentiasa memperbaiki mutu kerjanya dari segi kuanliti untuk mengatasi kebolehan dan keupayaan orang lain.
- Ketidakpuasan ini akan mendorongnya untuk berusaha dengan lebih giat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang ditetapkan sama ada oleh dirinya atau orang lain.

b) Seseorang usahawan mesti juga mampu mempengaruhi keadaan, persekitaran termasuk individu / institusi yang mempunyai kepentingan dalam perniagaannya.

c) Seseorang usahawan harus berupaya menyakinkan orang lain tentang idea barunya ataupun mempengaruhi rakan kongsi / institusi kewangan untuk menyumbangkan modal atau pinjaman bagi menjayakan rancangan barunya.

d) Usahawan juga perlu memikirkan strategi-strategi yang sesuai bagi mempengaruhi dan mengubah citarasa pelanggan terhadap barangan yang dikeluarkan.

e) Usahawan juga perlu meransang pekerja supaya mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk menyiapkan kerja yang diberikan.

Seorang usahawan adalah seseorang yang berjaya menjalankan sesuatu perniagaan. Mereka ini mempunyai kebolehan untuk melihat peluang yang wujud dan membangunkan peluang itu menjadi suatu perniagaan yang mendatangkan keuntungan. Seorang usahawan dikatakan berani mengambil risiko tetapi bukanlah secara mendadak dan membabi buta, disebaliknya setelah diteliti dengan cermat dan menggunakan segala pengalaman dan kemahiran yang ada padanya. Suatu ciri perwatakan yang penting mesti ada pada seseorang usahawan ialah sikap kesungguhan untuk  berjaya.

Perdebatan samada seorang usahawan itu dilahirkan dengan mempunyai ciri2 keusahawanan atau ciri2 itu adalah sesuatu yang boleh dipelajari masih lagi berterusan. Tetapi pandangan secara konsesus ialah beberapa ciri keusahawanan diperolehi oleh seseorang melalui beberapa proses seperti cara seseorang dididik oleh keluarga, berinteraksi dengan kumpulan rakan, alam persekolahan pembelajaran formal, jenis subjek yang dipelajari dan alam sekeliling di dalam sesebuah masyarakat. Faktor lain yang juga menjadi penyumbang kepada seseorang untuk menceburi bidang perniagaan ialah boleh dikatakan sebagai “faktor mendorong”  (push factor), dimana sebabnya kerana kesusahan bagi seseorang itu mendapat pekerjaan misalnya telah mendorong ia untuk mencuba membuat sesuatu perniagaan dalam satu bidang yang mana ia mempunyai kemahiran atau yang difikirkan mudah dan senang diceburi.

Beberapa ciri atau sifat yang dikaitkan dengan seseorang usahawan ialah:

  • Berani mengambil risiko.
  • Memahami tentang perniagaannya dan pelanggannya.
  • Tidak takut mengalami kegagalan, tidak senang berputus asa.
  • Sentiasa mencari dan pandai mengenalpasti peluang perniagaan baru.
  • Kesungguhan untuk berusaha secara terus menerus tanpa jemu.
  • “Self Motivator” iaitu sentiasa mendorong diri sendiri untuk melakukan sesuatu.
  • Pandai merancang kehadapan.
  • Pandai menghadapi keadaan yang tidak dijangka (uncertainly).
  • Kreatif dan inovatif.
  • Tidak pemalu.
  • Cekap berkomunikasi.
  • Rajin bekerja.
  • Cekap membina jaringan (networking).
  • Mempunyai visi dan pandangan jauh.
  • Cekap dan cepat membuat keputusan.



Definisi Budaya Keusahawanan
Budaya adalah corak perilaku harian yang diamalkan oleh individu ataupun kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu kearah yang dikehendaki dan diterima oleh kumpulan masyarakat setempat. Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuan dan kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan bolehlah didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individudalam sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yangberkaitan dengan perniagaan.

Usaha melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia perlukan komitmen, dedikasi, ketegasan, dan amalan yang berterusan ke arah mempraktikkan roh keusahawanan dalam setiap urusan harian. Hal ini dikatakan sebagai pembudayaan keusahawanan. Budaya keusahawanan individu boleh diasuh dan dididik sehingga ia melekat seperti “aur dengan tebing”. (Kamarulzaman Ismail, Amaludin Ab. Rahman, 2009). Maka pembudayaan keusahawanan perlu dipupuk dan dimantapkan dalam jiwa belia supaya generasi ini akan dapat menggerakkan usaha ke arah mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Berdasarkan artikel pertama yang diperolehi dari sumber internet, budaya keusahawanan ini perlu dipupuk dan disemai kepada golongan muda pada peringkat awal lagi iaitu pada peringkat pengajian. Menurut  Datuk Shahiruddin Ab. Moin (2014) sekolah memainkan peranan penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera tanpa terhad kepada matlamat mencapai kecemerlangan akademik semata-mata.  Pendedahan ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti seperti penubuhan kelab usahawan dan mewujud dan menganjurkan karnival keusahawanan.

Manakala artikel kedua menjelaskan bahawa aspek budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar bukan sahaja memupuk sifat dan minat terhadap bidang keusahawanan malah dapati membina sifat kerjasama selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai selok belok pengurusan di dalam perniagaan. Perlaksanaan aspek kebudayaan ini perlu melibatkan beberapa faktor-faktor bagi mendorong perkembangan dalam bidang ini terutamanya faktor-faktor persekitaran yang kondusif yang disediakan oleh pelbagai pihak. Antara pihak yang perlu menyokong dan perkembangan keusahawanan ini seperti pihak kerajaan, media massa, institusi pengajian dan masyarakat.

Kesimpulan daripada dua artikel ini ialah aspek pembudayaan keusahawanan adalah merupakan satu proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar berusaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam usaha yang dilakukan. Budaya keusahawanan amat penting diterapkan pada golongan muda dibantu oleh pihak sekolah dan pihak yang terlibat bagi mengembangkan lagi minat dan kecenderungan terhadap aspek keusahawanan.


Sumber : 
http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20140226/wp_03/Subur-budaya-keusahawanan-di-sekolah

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130715/pe_03/Karnival-Sedekad-pupuk-budaya-keusahawanan-tambah-dana-sekolah
http://hairilhazlan.com/2011/07/08/budaya-keusahawanan/

AQUA DANONE


Minuman AQUA diperkenalkan oleh Tirto Utomo. Beliau dilahirkan pada 8 Mac 1930 di Wonosobo, Jawa Tengah. Beliau berusaha keras untuk memperkenalkan minuman Aqua ini kepada orang ramai. Tirto Utomo telah mula mengusahakan perniagaan Aqua pada tahun 1973. Beliau memulakan perniagaan ini kerana pada awal tahun 1970-an, Tirto bertugas sebagai pegawai Pertamina dengan menjamu delegasi sebuah perusahaan Amerika Syarikat. Namun jamuan itu terganggu kerana pada ketika itu isteri ketua delegasi mengalami diarrhea yang disebabkan meminum air yang tidak bersih. Tirto kemudian sedar bahawa tetamunya yang berasal dari negara Barat tidak biasa meminum air yang direbus, tetapi air yang telah disterilkan.Oleh itu inisiatif untuk berniaga pun datang dengan menjalankan perniagaan Aqua.

Nama awalnya ialah Puristas dan bukan Aqua. Pada awalnya produk Aqua menyerupai Polaris yang mulai dari bentuk botol kaca, merek mesin pengolahan air sampai mesin pencuci botol serta pengisi air. Namun sejak tahun 1981, Aqua telah berganti kemasan dari kaca menjadi plastik. Hal ini menyebabkan distribusi yang lebih mudah dan harga yang lebih berpatutan sehingga produk Aqua dapat dijangka oleh pelbagai kalangan masyarakat. Produk Aqua mula dijual pada bulan oktober 1974, namun penjualannya adalah tidak memuaskan kadang-kala merosot atau meningkat. Setelah 3 tahun, setiap bulan mereka terpaksa meminta wang pada pihak pemodal untuk membiayai operasinya.Tetapi beliau tidak mampu lagi untuk terus beroperasi kerana kerugian. Sementara itu satu pertanyaan tercetus oleh ahlinya ‘kalau kita naikan sasaran ekstem?’ iaitu naikan harga Aqua.

Selepas perbincangan, strategik yang diambil oleh mereka untuk selesaikan masalah ini ialah naikan harga Aqua. Menurut Hendro Baroeno, pada ketika itu Aqua sudah ada di pasaran tetapi hanya di beberapa outlet sahaja. Jadi beliau menggunakan strategik demi meningkatkan imej Aqua dengan menjual hanya 3 botol kepada penjual kerana jika laris dua botol jadi tinggal satu botol saja dalam tempoh yang berterusan. Pemilik Aqua tidak menyerah, beliau berusaha dan kerja keras. Akhirnya Aqua mulai diterima masyarakat secara meluas. Pada tahun 1998 hingga 2012 jumlah penjualan Aqua telah naik dan mencapai 10 lipat ganda.

Berdasarkan video yang ditonton, sebab Tirto Utomo mengambil keputusan untuk mengusahakan Aqua adalah kerana Aqua adalah sejenis minuman yang boleh menyihatkan badan. Kesimpulannya, Aqua adalah sejenis minuman yang kaya dengan kalsium, magnesium, potassium, zat besi dan sodium, baik untuk kesihatan. Walaubagaimanapun, setiap perniagaan tidak akan lari dari menghadapi pelbagai risiko dari segi persaingan. Beliau berpendapat dengan wujudnya persaingan maka produknya akan sentiasa meningkatkan kualiti dan dapat melakukan perbandingan bagi menghasilkan produk yang lebih baik bagi mengekalkan kedudukan di dalam pasaran. Pergabungan dan kerjasama dilakukan antara syarikat minuman yang terkenal di luar Negara iaitu DANONE. Dengan cara ini, produk tersebut dapat menembusi pasaran luar Negara serta dapat mengembangkan lagi perniagaan air minuman di serata dunia.


Friday, March 13, 2015

ARTIKEL 6 : TEORI-TEORI DAN EVOLUSI KEUSAHAWANAN


Usahawan dan keusahawanan adalah istilah yang seringkali disebut-sebut dalam kehidupan harian kita. Pelbagai definisi dihasilkan untuk takrifan usahawan-pengasas, pemilik firma dan dibezakan dengan bukan usahawan melalui pemilikan atau ciri-ciri gelagat yang dipamerkan.

Entrepreneur berasal daripada Perancis entreprendre yang bermaksud: memikul tugas atau mencuba. Umumnya usahawan ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan. Takrifan sangat luas dan berbeza mengikut individu. Namun terdapat juga berpendapat bahawa entrepreneur’ datang dari perkataan bahasa perancis “entrepredre” yang bermaksud “to undertake”. Dalam bahasa melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”. Oleh yang demikian didalam bidang pengajian keusahawanan, tidak terdapat satu definisi usahawan yang konklusif kerana sifatnya yang merentas disiplin – (multi-disciplinary).

Secara amnya, takrif usahawan boleh dikelompokkan kepada lima(5) kategori:


1. Pendekatan Ekonomi
Keuntungan dan kekayaan merupakan pendorong kepada usahawan untuk melibatkan diri dalam keusahawanan. Dengan itu, dia akan berusaha mencari peluang mendapatkan untung.

Tokoh yang memberi sumbangan dalam Teori dan Model Keusahawanan

o Alfred Marshal (1946) = usahawan melalui proses masa, iaitu evolusi perniagaan daripada memulakan perniagaan sehinggalah perniagaan itu dibubarkan.

o Israel Kirzner = usahawan sebagai orang tengah dan mengaut keuntungaan.

o Joseph A. Schumpeter (1990) = usahawan ialah orang yang memperkenalkan inovasi sebagai inti keusahawanan. 



2.. Pendekatan Psikologi
Ciri-ciri personaliti:

o Keperluan kepada pencapaian
o Lokus kawalan
o Kecenderungan mengambil risiko

Tokoh yang memberi sumbangan dalam Teori dan Model Keusahawanan.

o Rotter (1966) = usahawan mempunyai punca kawalan diri secara dalaman.Model baka menyatakan usahawan memiliki ciri-ciri yang lahir daripada identitinya sendiri.Ciri-ciri ini membezakan diri seorang usahawan dengan bukan usahawan.
o McClelland = Teori kehendak kepada pencapaian. Teori ini menyatakan bahawa usahawan mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi dan berani memikul tanggungjawab.

o De Vries = Model Psikodinamik menyatakan bahawa individu tertekan semasa kecil dan tidak mendapat kemudahan tertentu. Justeru, ini mendorong mereka untuk membuktikan kepada dunia tentang keupayaannya.Model Motivasi Keusahawanan McClelland



3. Pendekatan Ideologi
Nilai ideologi bermaksud fahaman yang dianuti atau dipegang oleh seseorang usahawan . Ia membantu pembentukan tingkah laku, personaliti dan sahsiah usahawan . Nilai ideologi akan mengarah kepada keinginan atau keperluan pencapaian seseorang usahawan. Mendorong kepada tindakan keusahawanan.



4. Pendekatan Sosiologi
Dorongan kepada keusahawanan

o Pengalihan negatif – apabila individu yang terasing daripada masyarakat teras atau hilang tempat bergantung, mereka akan cenderung bergiat dalam perniagaan dan menjadi usahawan seperti imigran, individu yang dibuang kerja atau wanita yang bercerai.

o Tempoh peralihan – individu yang melalui tempoh masa yang menyebabkan mereka menjadi uasahawan. Tempoh tersebut membolehkan individu berfikir mengenai masa depan mereka sebagai usahawan. Contoh; antara pelajar dengan kerjaya, askar menjadi orang biasa.

o Tarikan positif – terdapat pihak yang mendorong individu menjadi usahawan. Pihak yang mungkin terlibat ialah mentor, rakan kongsi, keluarga, pelabur dan sebagainya.

o Tolakan positif – wujud situasi di mana individu tidak mempunyai pilihan kecuali menjadi usahawan disebabkan oleh beberapa kelebihan. Antaranya pendidikan, latihan yang diikuti, laluan kerjaya, pengalaman, kemahiran dan lain-lain.


Tokoh yang memberi sumbangan dalam Teori dan Model Keusahawanan dari segi sosiologi.

o Max Weber = memasukkan unsur keagamaaan sebagai asas kejayaan seseorang usahawan. Kajian beliau berasaskan penganut agama Protestan yang telah mencapai kejayaannya dalam bidang ekonomi.

o Everett Hagen = menyatakan kelahiran usahawan adalah daripada kalangan kumpulan bawahan yang tidak puas hati merupakan satu tekanan yang mewujudkan usahawan untuk mengatasi kepincangan ini.

o Thomas Cochrau = memasukkan nilai-nilai lain seperti budaya, peranan dan harapan sosial sebagai faktor yang menetukan tingkah laku atau gelagat usahawan.



5. Pendekatan Pengurusan
Perspektif Pengurusan mentakrifkan usahawan sebagai pengurus strategik di mana peranan usahawan ialah untuk memastikan perniagaan memperolehi keuntungan dan berkembang. Contoh: Alat-alat pengurusan strategik digunakan untuk mencapai objektif perniagaan.

Histrich & Peter (1988), berpendapat bahawa keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta dimana menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa & komitmen kerjaya atau proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi & sosial serta menerima manfaat daripadanya.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinisikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).
 Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinasikan keusahawanan adalah “Seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”

Hull, Bosley & Udel (1980) mendefinisikan usahawan sebagai individu-individu yang membeli atau mewarisi perniagaan sedia ada dengan niat (dan usaha berterusan) meluaskannya.

Harwood (1982) mendefinasikan, usahawan mengambil inisiatif, andaikan autonomi di dalam organisasi dan pengurusan sumber-sumber, berkongsi risiko aset, berkongsi keuntungan yang tidak menentu dan sebagainya.

Meredith, Nelson & Neck (1982) mengatakan usahawan adalah orang yang mampu melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta mengambil tindakan bersesuaian demi memastikan kejayaan.
Sexton dan Bowman-Upton (1991) pula menyatakan ianya merupakan satu proses mengenalpasti peluang-peluang dalam pasaran, menyusun sumber-sumber untuk mencapai objektif dan tindakan seterusnya mengeksplotasi keperluan sumber-sumber bagi kepentingan peribadi dalam tempoh jangkamasa panjang.

Kao (1995) mendefinasikan bahawa keusahawanan merupakan satu proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai kepada masyarakat dan usahawan adalah org yg melalui proses penciptaan kekayaan dan nilai tambah tersebut melalui inkubator idea-idea, penyusunan sumber-sumber seterusnya melaksanakannya.




EVOLUSI KEUSAHAWANAN



Pada zaman permulaan: 
- Bermula zaman marco polo yg melakukan perjalanan perdagangan ke timur tengah. 
- Menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis yang merupakan penanggung risiko yg pasif.
- Keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang. 

Pada zaman pertengahan: 
- Mereka sebagai seorang yang terlibat di dalam menjaga & mengawal projek produksi yang besar.
- Menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. 
- Mereka tidak menanggung sebarang risiko kerana mereka adalah seorang yang mengawal kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam & gereja. 

Abad ke 17: 
- Terdapat hub diantara risiko & usahawan. 
- Mereka menandatangani kontrak perjanjian & kerajaan untuk sediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. 
- Harga kontrak adalah tetap jadi rugi atau untung ditanggung oleh usahawan. 
- Pakar ekonomi richard cantillion berpendapat mereka merupakan penerima risiko. 

Abad ke 18: 
- Mereka dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal). 
- Ini kerana perkembangan industri dan penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Seperti eli whitney & thomas edison merupakan seorang pengguna kapital, bukan pembekal modal. 

Abad ke 19 dan 20: 
- Bidang pengurusan seperti pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai usahawan. 

Abad ke 21: 
- Mereka sebagai seorang hero untuk pasaran free enterprise. 
- Mencipta banyak produk & perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko. 
- Ramai orang mengatakan usahawan adalah perintis (pelopor) di dalam mencipta perniagaan baru. 

Dengan tercetusnya definisi usahawan dan keusahawanan, wujud 3 tema:
Satu proses-1 siri keputusan dan tindakan yg berterusan. 
Inovasi- perubahan, revolusi, perpindahan dan pendekatan baru. 
Penciptaan nilai- produk baru, perkhidmatan, transaksi, pendekatan dan sumber-sumber.


Sumber : 

Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ong .Y.K., (2010). Keusahawanan Teori dan Praktis (ed. 2). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education



POCARI SWEAT

Di sebalik kejayaan mestilah terdapat kisah perjuangan yang dapat menjadi inspirasi. Orang-orang yang kita tahu telah berjaya dan menjadi seorang yang hebat sekarang, tidak terlepas dari perjuangan dan kesulitan yang dialami sebelumnya.


Salah satu produk yang berjaya di pasaran dunia dengan usaha kerasnya, adalah Pocari Sweat. Pocari Sweat telah menjadi minuman yang penjualannya telah meliputi 16 negara. Namun di sebalik kejayaan produk minuman pengganti cairan tubuh yang hilang ini, terdapat kisah perjuangan dari seorang peneliti dan direktur sebuah perusahaan farmasi di Jepang.

Pada masa kepemimpinan Masahito telah memproduksi beberapa ubat yang menjadi andalan perusahaan seperti ubat oles Oronine G dan minuman Oronamin C. Tetapi Akihiko ingin menciptakan sebuah produk yang belum pernah wujud. Akihiko didatangi seorang pekerja, yang bertanggungjawab dalam pengembangan minuman iaitu Rokuro Harima yang dipercayai boleh menangani pengembangan produk andalan Oronamin C. Sesuatu peristiwa amat membangunkan minda Harima iaitu mengambil cairan infus untuk menggantikan cairan tubuh yang hilang setelah melakukan perkara beberapa jam. Oleh itu, Harima mempunyai idea untuk mengembangkan cairan infus sebagai produk yang layak diminum.

Seorang pekerja yang lain, Takaichi melakukan penelitian lebih lanjut terhadap keringat untuk membuat minuman kesihatan yang cepat memulihkan tenaga untuk menggantikan cairan keringat yang sudah keluar dari tubuh di samping harus berasa enak diminumkan setiap hari. Setelah beberapa experiment, Takaichi mengetahui minuman yang ingin diciptakan oleh perusahaan adalah minuman menambah kadar air tubuh dalam kehidupan sehari dengan komposisi kadar garam yang rendah. Takaichi membuat minuman ujicoba tetapi rasanya pahit. Harima mengingatkan Takaichi minuman ini memang berlandaskan untuk ubat, namun yang ingin dibuat ini bukanlah ubat, melainkan minuman ringan. kemudian dia menambah pemanis alami untuk menghilangkan rasa pahit. Akhirnya,minuman telah menjadi terlalu manis.

Minuman kesihatan menjadi enak diminum oleh Presiden Direktur Akihiko ketika mencampurkan minuman ramuan terbaru itu oleh Takaichi dengan minuman uji cuba serbuk instan yang sedang dikembangkan dengan rasa jeruk tersebut telah menjadi neutral. Akhirnya setelah beberapa tahun bereksperimen, inovasi baru minuman kesihatan Pocari Sweat dapat diwujudkan dan diproduksi. Hal itu menjadi rahsia perusahaan hingga sekarang.



Tim marketing telah mempromosikan strategi pemasaran minuman Pocari Sweat untuk mencapai kepuasan pelanggan. Pemimpin iaitu Jiro Tanaka melancarkan pelbagai aktiviti tentang minuman itu  dan menawarkan secara langsung kepada pelanggan tetapi mereka memberikan pendapat yang negatif. Presiden Direktur Akihiko selepasnya membuat keputusan dengan menyuruh para marketing membahagikan Pocari Sweat secara percuma dengan jumlah tidak terbatas tanpa menghitung kerugian dahulu .Strategi Presiden Direktur Akihiko mensosialisasikan konsep produk secara tepat, daripada hanya sekadar menjual produk.


Cara Presiden Direktur Akihiko berbuat demikian untuk menetapkan strategi komunikasi pemasaran yang bersifat edukatif, memindahkan pengetahuan tentang produk itu kepada pelanggan untuk menyakinkan mereka dan para marketing. Tanaka bukan hanya memberikan Pocari Sweat secara percuma, sambil menjelaskan konsep Pocari Sweat secara dalam. Begitu juga pekerja lainnya, memberikan Pocari Sweat di tempat-tempat strategis, seperti sauna dan dijalankan oleh banyak orang yang melakukan aktivitas dan berkeringat, para pekerja juga tidak lupa untuk menanyakan pendapat mereka, dan respon mereka kali ini sangat baik.

Pada musim panas tahun 1981 penjualan Pocari Sweat melonjak sangat tinggi hampir 3 kali lipat berbanding tahun sebelumnya . Kejayaan telah dicapaikan oleh Presiden Direktur Akihiko. Pocari Sweat telah menjadi minuman kesihatan paling terkenal di seluruh dunia.


Produk minuman POCARI SWEAT:

1. Merupakan produk minuman kesihatan.

2. Melakukan pemasaran langsung kepada pelanggan iaitu ‘door to door’.

3. Mempunyai strategi pemasaran yang menarik. POCARI SWEAT memberikan minuman secara percuma selama setahun kepada orang ramai. 

4. Mendapat kesukaran dalam penerimaan oleh orang ramai tentang produk minuman tersebut.

5. Berjaya mengaut keuntungan selepas beberapa lama berusaha gigih dalam menarik minat pelanggan. 

6. Kegagalan pertama disebabkan teknik pemasaran yang kurang bijak.





Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan video ini ialah setiap individu yang terlibat dalam bidang keusahawanan perlu sentiasa merebut dan mencari peluang yang ada bagi menghasilkan produk yang kreatif dan inovatif untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Usahawan tersebut mempunyai matlamat untuk menghasilkan produk minuman kesihatan yang boleh membantu orang ramai. Oleh itu, usahawan seperti ini akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga matlamatnya tercapai. Selain itu, minat dan kepuasan diri amatlah penting ketika menempuh pelbagai cabaran dalam mengusahakan atau membangunkan sesuatu perniagaan dan produk. Hal ini kerana tanpa minat dan kepuasan diri segala usaha tidak akan berjalan dengan jayanya. Kesabaran, kegigihan dan sikap berani menanggung risiko perlu diterapkan dalam diri setiap usahawan bagi memperolehi kejayaan pada masa depan.


Sumber: 
https://pocarisweatindo.wordpress.com/


ARTIKEL 5 : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ORANG RAMAI TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN

FAKTOR LUARAN
Dunia perniagaan mempunyai empat faktor persekitaran luaran yang terpaksa dihadapi oleh semua perniagaan. Ianya dikenali sebagai “PEST” iaitu singkatan bagi persekitaran politik, ekonomi, sosial dan juga teknologi. 

Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa setiap perniagaan yang dijalankan adalah dipengaruhi oleh persekitaran politik dan perundangan. Ianya bukan sahaja persekitaran politik di negara ini sahaja malahan di peringkat global ataupun dunia juga adalah sama sahaja. Kestabilan system politik sesebuah negara boleh dikatakan satu faktor asas yang mempengaruhi strategi ataupun aktiviti-aktiviti perniagaan sesebuah syarikat. Oleh itu, syarikat perlulah peka dengan keadaan sekeliling. Mereka juga perlu sedar bahawa kestabilan sesuatu politik tidak akan kekal lama. Setiap negara memiliki perundangan dan politik yang berbeza. Kita perlulah sentiasa bersedia dan berwaspada. 

Selain itu, adalah menjadi lumrah dan kebiasaan bagi semua negara di dunia ini mengenakan halangan perdagangan bagi setiap barangan atau produk import yang memasuki negara mereka. Ini adalah kerana sebagai salah satu cara untuk memastikan barangan yang dibawa masuk ke dalam sesebuah negara itu tidak akan mengganggu pasaran tempatan negara tersebut. Contoh halangan perdagangan ialah kerajaan mengenakan tariff (cukai) pada barangan atau produk import. 

Seterusnya ialah persekitaran ekonomi. Para usahawan perlu peka dan prihatin terhadap sebarang perubahan ekonomi samada ekonomi tempatan ataupun ekonomi antarabangsa. Ini adalah kerana faktor ini boleh mempengaruhi operasi, prestasi, perancangan, pendapatan serta dasar perniagaan sesebuah syarikat perniagaan. Terdapat tiga faktor utama yang memberi kesan kepada persekitaran ekonomi adalah seperti keadaan ekonomi, dasar-dasar ekonomi dan juga system ekonomi di dalam sesebuah negara. Ianya meliputi faktor keluaran dalam negara kasar (KDNK), pendapatan perkapita, modal, rizab tukaran asing dan perkhidmatan. 

Di samping itu, faktor luaran lain ialah faktor persekitaran sosial. Faktor ini adalah merupakan perkara paling penting dalam bidang keusahawanan. Para usahawan tidak mampu untuk lari daripada menimbang faktor ini. Lebih-lebih lagi bagi masyarakat majmuk yang dimiliki oleh negara Malaysia. Perkara seperti ini adalah amat dititik beratkan kerana wujudnya pelbagai bangsa, kaum, etnik dan agama di negara Malaysia ini. Persekitaran sosial ini akan banyak membawa kepada persekitaran budaya yang mempengaruhi oleh nilai-nilai asas, persepsi, kegemaran dan gelagat atau tabiat pengguna. Perbezaan amalan sosial dan budaya masyarakat boleh dikatakan berbeza dalam setiap negara yang berbeza. 

Persekitaran teknologi adalah persekitaran luaran yang amat penting dalam bidang keusahawanan. Ianya akan mempengaruhi kepesatan atau kepantasan perniagaan itu berjalan. Seperti contohnya ialah penggunaan internet dalam perniagaan akan membantu dalam pertumbuhan perniagaan ini. Selain itu, computer dan telefon bimbit merupakan satu inovasi baru dalam teknologi yang sentiasa mengalami perubahan. Malah, penggunaan teknologi juga telah mengubah proses pengeluaran sesebuah syarikat. Penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih akan dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran. Namun begitu teknologi juga boleh mengubah dan menghapuskan perniagaan ataupun industry yang sedia ada. Contohnya seperti syarikat pembuat dan pembekal mesin taip terbesar satu ketika dahulu iaitu Smith Corona Corp. menjadi muflis apabila munculnya komputer. 



FAKTOR DALAMAN
Terdapat banyak faktor dalaman yang mempengaruhi usahawan melakukan perniagaan mereka. Antaranya ialah; 

Minat dan Kepuasan Diri - Mereka yang mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang keusahawanan akan terdorong untuk menceburi bidang keusahawanan, ramai diantara mereka yang menceburi bidang ini adalah untuk mendapatkan kepuasan diri kerana mereka akan berasa berpuas hati terhadap kejayaan yang mereka perolehi. Kepuasan hati ini berlaku apabila kejayaan yang mereka perolehi adalah disebabkan kesungguhan mereka dalm menguruskan perniagaan mereka. Secara tidak langsung usahawan yang meminati bidang keusahawan ini akan sentiasa bekerja keras serta dapat menguruskan sumber dengan bekesan. Berdasarkan Teori Keperluan Maslow (1970), Kepuasan penyempurnaan diri ini merupakan elemen kelima di mana seseorang individu itu mahu mencapai kejayaan sebagaimana yang diidamkan.
  
Status - status dan penghormatan diperlukan bagi setiap manusia. Kepada mereka yang menjaga status diri, mereka akan berusaha memartabatkan diri di tahap yang lebih selesa dan tinggi. Status dan perhormatan diri merupakan element yang penting yang mempengaruhi usahawan, Usahawan akan dikatakan berjaya apabila mereka mempertingkatkan status kehidupan mereka. Perkara ini boleh dilihat di Teori Maslow yang menyatakan bahawa status dan perhormatan diri merupakan element keempat iaitu ia merupakan keperluan untuk dihormati oleh orang lain, pengiktirafan kepada pencapaian dan prestij. 

Kuasa - Faktor ini diperlukan oleh usahawan bagi menggerakkan segala sumber ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Oleh itu mereka akan cube mengelakkan diri dari dipengaruhi oleh orang lain.Walaubagaimana pun mereka perlukan nasihat, pandangan dan buah fikiran orang lain yang lebih berpengalaman dan pengetahuan di dalam bidang yang diceburi. 
Pencapaian Matlamat - Apabila keinginan, matlamat dan objektif penceburan diri mereka bejaya di capai, mereka akan dianggap berjaya. Mereka juga akan berusaha untuk mencapai matlamat bagi kepuasan dalaman mereka. Selain itu juga meraka dapat melihat dengan sendirinya dimanakah tahap prestasi kejayaan mereka. 
  
Kelayakan Akademik - Pada masa kini terdapat jurusan keusahawan yang ditawarkan di setiap IPTA dan IPTS di seluruh negara, Perkara ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada faktor Usahawan terpengaruh bagi menjalankan perniagaan mereka. Bagi mereka yang mempunyai kelayakan akademik, mereka telah mendapt kelebihan yang lebih bagi menjalankan perniagaan mereka. 



Tuesday, March 10, 2015

ARTIKEL 4 : CABARAN DAN CARA BERTAHAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN

Menjemput rezeki sebagai usahawan bukanlah sesuatu yang mudah. Sebelum mendapat rezeki yang yang halal lagi berkat, pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar usahawan.

Maksud Cabaran
Apakah yang dimaksudkan dengan cabaran? Kamus Dewan Edisi Keempat menterjemahkan cabaran sebagai sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi.



Kekurangan modal atau dana merupakan cabaran utama yang perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar usahawan. Pelaburan modal sangat penting dalam melaksana dan memastikan kelancaran perniagaan dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Tanpa pelaburan modal yang kukuh, agar sukar bagi sesorang usahawan itu melebarkan perniagaan yang diceburi ke peringkat antarabangsa. Selain itu, masalah rasuah juga turut menjadi isu yang tidak pernah selesai. Rasuah merupakan kudis yang semakin membarah di kalangan masyarakat Malaysia.

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.

Dalam era yang menuju kemodenan dan globalisasi dunia tanpa sempadan, rakyat Malaysia masih lagi terpalit dengan isu-isu intergriti dan akauntabiliti yang boleh meranapkan peradaban bangsa. Rasuah juga mampu memusnahkan perniagaan yang dibina.

Masalah komunikasi dalam perniagaan turut menjadi penyumbang cabaran kepada usahawan pada masa kini sama ada usahawan baru atau yang sudah lama bertapak dalam bidang perniagaan.


3 Perkara Penting Perlu Ada Dalam Diri Usahawan


1. Kemahiran berkomunikasi

Teknik-teknik komunikasi berkesan penting untuk dikuasai oleh setiap usahawan kerana ia boleh memudahkan mereka untuk berunding, bermesyuarat, tawar-menawar dalam mendapatkan sesuatu kontrak perniagaan dengan pihak lain.

Para usahawan juga perlu menguasai bahasa asing selain dari fasih bahasa ibunda. Antara bahasa asing yang mungkin boleh dikuasai oleh usahawan adalah Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Arab.

Usahawan yang boleh berkomunikasi dalam bahasa yang pelbagai merupakan satu bonus yang mungkin boleh dijadikan alat untuk memajukan bidang perniagaan yang diceburi.




2. Sentiasa belajar ilmu baru

Kekurangan ilmu dalam bidang perniagaan dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan asas perniagaan turut menyumbang kepada cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang usahawan.

Oleh yang demikian, jika berpeluang mahupun diberikan berpeluang untuk mendalami sesuatu ilmu baru, setiap usahawan itu hendaklah berusaha mempelajari dan menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan untuk melonjakkan diri menjadi ushawan yang cemerlang dan terbilang.



3. Mempunyai jati diri yang kuat dan kukuh

Dalam menuju era globalisasi dan dunia tanpa sempadan, isu dan cabaran dalam dunia keusahawanan juga semakin mencabar, setiap usahawan mestilah mempunyai jati diri yang kuat dan kukuh.

Walau apa jua cabaran yang dihadapi oleh usahawan, mereka hendaklah sentiasa sabar dan dan ikhlas dalam apa jua bidang perniagaan yang diceburi. Untuk menjadi usahawan berjaya bukanlah sesuatu yang mudah, namun bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Oleh yang demikian, setiap usahawan muslim sangat dituntut untuk berpegang pada jalan Allah dengan sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Perkara-perkara mahupun amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam mestilah dijauhi.

Akhir kata, bidang keusahawanan adalah satu bidang yang mulia di sisi agama. Perniagaan adalah salah satu sumber pekerjaan yang sangat digalakkan dalam Islam.

Tanganilah cabaran yang mendatang dengan berpandukan kitab yang telah diturunkan oleh Allah kepada RasulNya yang mulia. Janganlah melakukan sesuatu yang hanya menambahkan dosa dan mengurangkan pahala di akhirat sana.


Sumber : 
http://www.majalahniaga.com/cabaran-dan-cara-bertahan-dalam-bidang-keusahawanan.html

ARTIKEL 3 : 10 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN



Banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar hanya beberapa tahun selepas dimulakan. Lebih buruk, ada perniagaan yang terpaksa ditutup hanya setelah beberapa bulan beroperasi. Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam dunia perniagaan. Di mana-mana sahaja kita akan dapat melihat situasi ini.

Perniagaan yang baru beroperasi tidak sepatutnya gulung tikar dalam masa yang singkat. Di sini saya senaraikan sepuluh faktor yang menjadi punca kegagalan seseorang usahawan baru dalam perniagaan.


#1 – Tidak mempunyai pengalaman dan kelayakan
Tidak mustahil bagi seseorang usahawan yang tidak mempunyai sebarang pengalaman, atau kelayakan akademik dalam bidang berkaitan berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Namun tidak mustahil juga untuk usahawan yang tiada sebarang pengalaman, atau ilmu mengalami kerugian dalm perniagaan.

Terdapat banyak kursus atau seminar yang ditawarkan kepada usahawan untuk mendapatkan ilmu perniagaan, selain dari institut-institut pengajian atau kolej yang menawarkan pendidikan secara formal.


#2 – Tidak mempunyai skil dalam pengurusan
Kesilapan yang dilakukan ramai usahawan ketika ini ialah, mereka hanya tahu menguruskan belanjawan syarikat untuk mendapatkan stok atau produk. Tetapi tidak mampu untuk menguruskan belanja tersebut supaya syarikat mempunyai simpanan dan wang pusingan modal yang mencukupi.


#3 – Tidak menggunakan bakat secara maksimum
Sesetengah usahawan adalah pakar dalam bidang masing-masing seperti jurureka dalaman (interior designer) atau jurufoto. Sebagai usahawan yang mempunyai bakat dan kepakaran tertentu, anda harus menggunakan segala bakat tersebut secara maksimum.

Ini bertujuan memastikan perniagaan yang anda jalankan mempunyai sentuhan anda sendiri, yang tentunya akan dicari oleh para pelanggan anda. Bakat yang ada tidak harus disia-siakan.


#4 – Tidak bersedia bekerja lebih masa
Menjalankan perniagaan sendiri bukanlah seperti bekerja di pejabat dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang. Menjalankan perniagaan bermakna anda harus bekerja hampir 24 jam sehari (atau mungkin lebih).














#5 – Tidak mendapat sokongan keluarga
Kebanyakan perniagaan yang berjaya mendapat sokongan dari keluarga. Dari segi kehidupan seorang Muslim, amat penting anda mendapatkan restu dari ibubapa sebelum memulakan sebarang perniagaan. Maklumkan mereka kenapa dan mengapa anda menjalankan perniagaan.


#6 – Tidak mempunyai modal permulaan yang mencukupi
Modal permulaan bukanlah bermakna modal yang anda perlu ada, hanya untuk memulakan perniagaan semata-mata. Ia bermakna modal yang anda akan gunakan sekurang-kurangnya, sehingga anda mendapat kembali sepenuhnya modal tersebut.

Modal yang paling baik adalah modal yang dapat digunakan untuk menampung perniagaan anda, untuk sekurang-kurangnya setahun dari hari ia mula beroperasi. Namun, ia berbeza-beza mengikut jenis bidang perniagaan anda.



#7 – Tiada networking
Dalam apa sahaja perniagaan yang diceburi, networking ialah perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Anda cuba bayangkan sekiranya anda langsung tiada atau tidak mahu menjalinkan sebarang hubungan (networking) dengan orang lain.

Mungkin ada dikalangan jaringan hubungan anda akan menjadi pelanggan utama anda. Apa yang akan anda kehilangan? Dalam Islam juga mengajak umatnya menjalinkan silaturrahim sesama manusia. Hanya melalui cara ini anda dapat mengembangkan perniagaan dengan baik, dan secara halus tanpa memaksa seseorang mendapatkan produk anda.



#8 – Tidak berusaha keras
Satu kerugian yang amat sangat sekiranya anda menjalankan perniagaan, tetapi anda tidak sanggup bekerja keras untuk perniagaan tersebut. Sebagai usahawan, anda seharusnya seorang yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi supaya anda mencapai matlamat yang telah ditetapkan.


#9 – Tidak sanggup berhadapan krisis
Banyak dugaan yang perlu dihadapi oleh usahawan ketika menjalankan perniagaan. Dugaan ketika berhadapan dengan pesaing, ketika mengalami kejatuhan keuntungan dan pelbagai lagi yang mungkin anda hadapi. Anda perlu bijak menangani sebarang krisis yang timbul dalam menjalankan perniagaan.


#10 – Terlalu fokus pada produk
Ramai usahawan sebegini. Terlalu memfokuskan pada penghasilan dan jualan produk dan meminggirkan perkara penting yang perlu difokuskan. Iaitu pemasaran dan khidmat pelanggan.

Pemasaran merupakan tonggak utama produk anda terjual, manakala khidmat pelanggan pula kunci utama supaya pelanggan yang membeli, atau mendapatkan servis anda menjadi pelanggan setia.


Sumber : 
http://www.majalahniaga.com/10-faktor-perniagaan-gagal.html

ARTIKEL 2 : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN USAHAWAN KECIL MARA DI NEGERI PERLIS

Dewasa kini, pasaran kian global. Cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh usahawan di dalam pasaran amat tinggi. Senario ini telah menyebabkan pertumbuhan bilangan usahawan di negara ini amat perlahan. Misalnya dalam tempoh 20 tahun (1982-2008), bilangan usahawan di seluruh negara hanya bertambah pada kadar purata 0.4% setahun iaitu dari 1.2 juta orang kepada 2.2 juta orang (Azmi et. al., 2012). Ini selari dengan Zulnaidi Yaacob (2010) dimana Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan


Usahawan Nasional Berhad (PUNB) melalui siaran Harian Metro pada 3 November 2008 telah mendedahkan bahawa sejak dilancarkan pada tujuh tahun yang lalu, sebanyak 231 buah perniagaan di bawah skim peruncitan bumiputra telah gagal atau mengalami kerugian. Skim peruncitan bumiputra ini merupakan skim yang telah dibentuk dan ditadbir oleh sekumpulan pakar yang berpengalaman, peserta-peserta yang dipilih telah melalui satu proses penilaian yang rapi serta perkembangan  perniagaan mereka sentiasa dipantau. Jika usahawan yang dibimbing sebegini pun  boleh gagal, bukankah kemungkinan usahawan yang tidak dipantau dan dibimbing untuk gagal itu akan menjadi semakin besar. Oleh itu penyelidik cuba untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA di negeri Perlis.


Kajian ini dilihat penting untuk dilaksanakan kerana menurut Pengarah MARA negeri Perlis (Utusan, Jan 17, 2009) jumlah pembiayaan tertunggak oleh peminjam kepada MARA pada tahun 2009 telah membabitkan nilai sebanyak RM3.5 juta. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, sehingga Mac 2012, seramai 1140 peminjam telah menerima manfaat daripada kelulusan berjumlah RM99,634,700 (Utusan, Ogos 2, 2012). Jika dilihat pada jumlah pembiayaan yang telah dikeluarkan oleh MARA kepada usahawan, ia adalah merupakan satu jumlah yang cukup besar. Persoalannya, adakah usahawan yang telah menerima pembiayaan MARA mampu untuk berjaya di dalam pasaran?. Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada kejayaan tersebut kerana terdapat pendapat yang mengatakan usahawan Bumiputra tidak mampu untuk berjaya di dalam pasaran?















Faktor kemahiran dan latihan mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA

Objektif kajian yang ketiga ialah mengenalpasti faktor kemahiran dan latihan boleh mempengaruhi kejayan usahawan kecil MARA. Ternyata, faktor kemahiran dan latihan adalah merupakan faktor yang terpenting yang boleh menyumbang kepada kejayaan usahawan Mara. Hasil kajian menunjukkan min keseluruhan untuk faktor yang ketiga ini adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 3.29. Dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan hasil dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Zaidatol (2004). Menurut beliau, seramai 92% usahawan Bumiputra merasakan latihan keusahawanan adalah penting dan mereka mula sedar akan kepentingan sesuatu kemahiran tertentu maka adalah lebih baik sekiranya mereka diberi peluang yang sewajarnya untuk mengikuti program latihan dan pembangunan usahawan yang sempurna. Program latihan keusahawanan yang dirangka perlulah disesuaikan perlaksanaannya seperti memberikan penekanan terhadap faktor pengalaman dan tindakan untuk membolehkan pasara usahawan menjadi lebih berdaya saing dan kompeten di dalam pasaran.


Faktor minat mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA

Objektif kajian yang pertama iaitu untuk mengenalpasti faktor minat mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA. Bagi menjawab soalan ini, sebanyak 7 soalan telah dikemukakan kepada responden. Dapatan kajian mendapati min keseluruhan adalah sebanyak 3.26. Ini menunjukkan responden setuju dengan faktor ini. Faktor minat menjadi faktor kedua tertinggi yang mempengaruhi kejayaan golongan usahawan ini di negeri Perlis. Hasil dapatan ini selari dengan dapatan kajian oleh Norfadhilah & Halimah (2010), dimana wujud hubungan yang positif diantara minat dengan kerjaya keusahawanan.


Faktor bantuan kewangan mempengaruhi usahawan kecil MARA

Objektif yang kedua ialah mengenalpasti sama ada faktor bantuan kewangan merupakan faktor yang menyumbang kepada kejayaan usahawan kecil Mara. Untuk menjawab  persoalan kajian ini, sebanyak 7 soalan telah dikemukakan kepada responden. Dapatan kajian mendapati min keseluruhan adalah sebanyak 3.23. Ini menunjukan responden  bersetuju bahawa faktor bantuan kewangan turut menyumbang kepada kejayaan usahawan kecil di negeri Perlis. Walau bagaimanapun, hasil dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Ishak et. al. (2011) faktor sokongan institusi dan kerajaan bukan merupakan faktor  penyumbang kepada prestasi kejayaan usahawan kerana keputusan kajian mendapati bahawa faktor ini adalah tidak signifikan.


Faktor perkembangan teknologi mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA

Objektif yang terakhir kajian adalah mengenalpasti faktor perkembangan teknologi mempengaruhi kejayaan usahawan kecil Mara. Min keseluruhan menunjukkan bahawa responden bersetuju perkembangan teknologi turut mempengaruhi kejayaan mereka sebagai usahawan yang berjaya. Akan tetapi, ia adalah merupakan min keseluruhan yang terendah diantara 3 faktor yang dikaji. Dapatan ini selari dengan hasil kajian Muhd Rashid & Fazlee (2010), dimana tahap amalan usahawan batek di Kota Bharu terhadap penggunaan teknologi adalah pada tahap yang lemah.



Sumber : 
http://www.academia.edu/7577441/Faktor-faktor_Yang_Mempengaruhi_Kejayaan_Usahawan_Kecil_MARA_di_Negeri_Perlis

ARTIKEL 1 : 5 PENDORONG UTAMA MEMULAKAN PERNIAGAAN

“Keusahawanan itu tidak dilahirkan bersama kita, tetapi ia sebenarnya dibentuk dan dipupuk dari masa ke semasa.”


Memulakan perniagaan sendiri merupakan satu “taboo” kepada para ibu bapa dan guru-guru pada hari ini dan ianya langsung jarang disebut dalam silibus pelajaran mereka di sekolah. Ini kerana sejak kecil lagi mereka telah menanam kepercayaan dalam diri anak-anak serta murid mereka supaya belajar tinggi-tinggi agar dapat memiliki pekerjaan serta pangkat yang tinggi dan menerima gaji besar setiap bulan apabila mereka dewasa kelak.

Akibatnya, tidak ramai yang mempunyai keinginan untuk menjalankan perniagaan sendiri, malahan rata-rata daripada mereka lebih selesa bekerja makan gaji walaupun Rasulullah pernah bersabda bahawa 9/10 daripada punca rezeki datangnya daripada berniaga. Walaupun begitu, suatu hari nanti bila sampai masanya mereka akan mempunyai kesedaran untuk memulakan perniagaan juga bila mereka menghadapi sesuatu situasi yang membuatkan mereka berubah selain daripada terpaksa mewarisi perniagaan keluarga.

Selain daripada minat, bakat serta peluang yang diberikan untuk memulakan bisnes, ramai diantara kita yang mengalami situasi tertentu terlebih dahulu sebelum terbuka hati untuk memulakan perniagaan sendiri. 

Better late than never. Berikut antara 5 situasi teratas yang mendorong seseorang memulakan perniagaan sendiri:


#1 Kesempitan Wang
Rata-rata daripada kita yang memulakan perniagaan pada hari ini pernah mengalami masalah kesempitan wang. Antara punca kesempitan wang berlaku ialah tidak mampu membayar hutang, bil-bil rumah serta tiada wang untuk menyara anak dan isteri.

Akibat daripada kesempitan ini, kita akan mula mencari solusi pantas untuk mencari wang tanpa perlu merayu-rayu mencari kerja lain secara separuh masa. Dan penyelesaian yang paling berkesan ialah dengan menjual barangan dan memulakan perniagaan sendiri.


#2 Keinginan Mencari Duit Lebih
Harga barangan semakin lama semakin naik walaupun gaji tidak selalu naik. Ini bermakna kos perbelanjaan isi rumah semakin meningkat dan memeningkan kepala kerana duit gaji bulanan tidak lagi mencukupi untuk membiayai perbelanjaan harian pada masa depan.

Jadi timbullah keinginan untuk mencari duit lebih untuk menyara keluarga serta memberikan kebahagiaan kepada mereka. Cara yang paling baik untuk mencari duit tanpa berhenti kerja ialah dengan memulakan perniagaan sendiri kerana ia boleh dilakukan secara part-time.


#3 Tragedi Diberhentikan Kerja
Rata-rata diantara anda pasti sangat takut jika tragedi ini berlaku kepada diri kita anda. Ini kerana tanpa kerja, kita tidak mempunyai gaji dan tanpa gaji kita tidak mampu membayar segala perbelanjaan harian. Tetapi ia adalah hak majikan anda.

Pada zaman sekarang, agak sukar untuk anda mencari kerja kerana tahap pendidikan yang diperlukan agak tinggi. Jadi secara tidak langsung, berniaga merupakan satu-satunya perkara yang boleh anda lakukan untuk menyara hidup anda walaupun anda tidak mempunyai sijil.


#4 Kehilangan Segala-galanya
Selain dipecat, kehilangan segala-galanya merupakan antara ketakutan terbesar dalam kehidupan setiap manusia. Jika dulu anda hidup bahagia dengan pendapatan RM5000 sebulan, tiba-tiba anda jatuh muflis akibat gaya hidup anda. Ia suatu tragedi yang amat menyayat hati!

Jika anda mengalami tragedi ini dan mahu bangkit daripada kegagalan serta kesakitan ini, anda memerlukan satu tindakan untuk mencari duit kerana tiada siapa yang mahu mengambil anda bekerja dengan gaji yang tinggi. Jadi anda perlu mula berniaga untuk bangkit dari tragedi ini dan menyara kehidupan anda dengan lebih stabil.


#5 Ingin Mulakan Hidup Baru
Sebagai seorang manusia normal, kita mengimpikan kehidupan yang “sangat” selesa dan tidak terikat dengan masa kerja 8 pagi hingga 5 petang malahan kita tidak mahu lagi dimarahi pihak atasan. Setiap orang mencari kebahagiaan abadi dalam dalam kehidupan mereka.

Jadi memulakan perniagaan sendiri mampu mengubah kehidupan anda menjadi lebih bebas agar dapat mencari masa bersama keluarga tercinta. Walaupun perniagaan mempunyai cabaran tersendiri, ia lebih bebas daripada bekerja bawah orang lain kerana anda adalah bos!

Perniagaan mampu mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik dan lebih bebas walaupun anda tidak dilahirkan dengan bakat menjual. Sikap, minat dan cinta terhadap keusahawan ini boleh disemai jika anda berniat untuk serius dalam memulakan perniagaan sendiri.

Tidak menjadi satu kesalahan pun jika anda mempunyai Ijazah, Sarjana mahupun PHD dan menjalankan perniagaan sendiri. Ini kerana pelajaran menjadikan kita berilmu tetapi pengalamanlah sebenarnya yang menjadikan ilmu itu berguna.



Sumber: 
http://www.majalahniaga.com/5-pendorong-utama-memulakan-bisnes.html

Monday, March 9, 2015

USAHAWAN 4 : TAN SRI SYED MOKHTAR Al-BUKHARY




Nama lengkap : Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary
Kelahiran : 1952. Alor Setar, Kedah, Malaysia
Pekerjaan : Usahawan, pengasas Yayasan Albukhary
Nilai harta : US$ 2.75 billion (2013)
Agama : Islam
Pasangan : Puan Sri Sharifah Zarah Al-Bukhary
Anak : 5 orang anak
Pendidikan: SPM
Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat


Sebab-sebab saya memilih usahawan ini :
Saya memilih Tan Sri Syed Mokhtar kerana beliau mempunyai teladan sebagai seorang usahawan yang berjaya. Beliau mempunyai sikap yang tabah untuk menghadapi segala cabaran dalam kehidupan dan semasa memmulakan perniagaan. Walaupun beliau tidak berpendidikan tinggi kerana keluarganya tidak berkemampuan untuk menampung yuran perbelanjarannya, dengan usaha yang dilakukan beliau masih boleh memperoleh kejayaan. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar saya contohi



4.1 LATAR BELAKANG
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005, menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Keluarga bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Ketika umur 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baru hingga ke Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's. Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.

Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil oleh ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang miskin.

Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah.[6] . Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang anak.



4.2 PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar. Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun.

Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato.


Sumber : 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary
http://islam-suci.blogspot.com/2011/06/biodata-penuh-tan-sri-syed-mokhtar-al.html
http://www.mbas.gov.my/tan-sri-syed-mokhtar-albukhary